Monday 20 October 2014

MAKANAN PENCEGAH MIGRAINE



Haiiiiiiii semua salam sejahtera para pembaca sekalian :) terima kasih kerana sudi singah di rumah saya ;)

Dalam entry ini saya ingin berkongsi dengan anda jenis-jenis makanan yang boleh menegah MIGRAINE. Saya tahu ramai anda di luar sana yang menghadapi masalah migraine kan??? saya sendiri juga adalah pesakit migraine sejak umur 12 tahun lagi. Namun saya tidak pernah mengetahui bahawa ada beberapa jenis makanan yang boleh membantu kita dalam mencegah migraine ini. Tapi sekarang saya sudah tahu so saya ingin berkongsi dengan anda di luar sana yang mungkin belum tahu ya :)



TELUR

Migrain

Umum memang mengetahui bahawa telur terkenal dengan kandungan Omega-3. Omega-3 yang terkandung dalam telur ini telah dikenalpasti dapat mengurangkan keradangan akibat daripada migraine. Jika anda membeli telur pilihlah telur yang diperkaya dengan omega-3 kerana ianya dipercayai dapat melawan kesakitan akibat migrain.


BAYAM


Bayam adalah sejenis sayuran hijau yang sangat terkanal kerana kaya dengan kandungan magnesium yang berkesan untuk mencegah migraine.


BIJI RAMI


Walaupun biji rami ini bersaiz kecil tetapi ia mengandungi kandungan gizi yang tinggi dengan kandungan asid omega-3 dan telah terbukti dapat mengurangkan  keradangan akibat migraine. Jangan hairan apabila mendengar bahawa biji rami ini sering dikaitkan sebagai ubat untuk menurunkan hipertensi, strok, kanser, gangguan imunisasi dan juga masalah penyakit kulit tertentu.


KEKACANG

Magnesium di dalam kacang dapat melindungi tubuh dari sakit kepala dengan cara merehatkan pembuluh darah. Selain itu, magnesium juga dipercayai berkesan untuk menenangkan fikiran yang sedang berada dalam keadaan tegang sepanjang sakit kepala melanda.


SUSU SKIM/SUSU TANPA LEMAK


Riboflavin atau lebih dikenali sebagai Vitamin B2 memiliki peranan penting  dalam membentuk sel darah merah, antibodi di dalam tubuh dan juga berperanan dalam melepaskan tenaga daripada karbohidrat. Riboflavin juga memiliki peranan penting dalam menghasilkan tenaga, sebab kekurangan tenaga dalam badan boleh menyebabkan migraine.


IKAN SALMON


Ikan Salmon terkenal dengan harganya yang mahal. Namun ianya juga terkenal dengan kekayaan kandungan Omega-3, ikan salmon juga termasuk dalam kategori makanan yang berpotensi untuk mencegah migraine.






Semoga bermanfaat untuk anda semua yerr....jika anda berfikir bahawa semua benda di atas tu leceh untuk disediakan atau mungkin anda lebih suka kepada supplement jangan malu-malu untuk menghubungi saya kerana SHAKLEE juga ada menyediakan SET MIGRAINE SHAKLEE . Hubungi saya untuk keterangan lanjut ya :) :)


Sabrinah Jaulin
+60135572375 atau klik disini
SID : 1125443







No comments: