Monday 17 November 2014

MASALAH RUAM LAMPIN

"Kulit anak saya mudah alami alahan. Getah tepi lampin pakai buang pun boleh jadi punca. Masa saya first time guna alergik anak dah kronik juga. Bawa g klinik ubat sapu doktor bagi tak berkesan. Saya guna HERBAL BLEND 2 hari dah kering. Masa anak kena chicken pox sapu HERBAL BLEND 3 hari chicken pox kering dan tak tanggalkan parut pun. Sampai sekali jadi losyen dia orang"
Antara perkongsian pengguna Herbal Blend@Losyen Ajaib ☺
Macam saya teruk juga alergik saya sampai tidak boleh tidur malam menggaru ja..masa kerja dulu pun x tenang sebap alergik tu sangat mengganggu ketenteraman sy. Berjenis2 sudah ubat sapu kena bagi dari doktor tapi masih sama x perubahan. Syukur lepas dapat HB awal bulan 9 yg lepas tenang sudah tidur malam sy tanpa menggaru sampai sekarang dan alergik makin pulih. Terima kasih Herbal Blend 

Tuesday 11 November 2014

TIPS MENGAWAL BERAT BADAN


Takut berat badan naik???????? Bagaimana caranya supaya berat badan maintain???

Masalah berat badan sememangnya ditakuti oleh semua orang terutama dikalangan wanita. Masalah ini bukan sahaja menyebabkan bentuk tubuh kita tidak cantik malah membawa pelbagai jenis penyakit yang kita tidak akan sedari kadangkala...

Antara penyakit yang sering dikaitkan dengan masalah berat badan adalah :
  1. Kencing manis
  2. Kanser
  3. Masalah jantung
  4. Sindrom Polycystic Ovari
  5. Embolisme Pulmonar
  6. Penyakit hati berlemak
  7. Mati pucuk
  8. Tinggi darah
  9. Stroke
  10. Masalah buah pinggang

Penyakit yang disebabkan oleh berat badan berlebihan

Siapa tidak takut dengan penyakit tersebut kan? Ok saya kongsikan beberapa tips untuk mengawal berat badan daripada naik.

  • Jika sebelum ini anda seorang yang suka mengunyah makanan dengan cepat apa kata tukar tabiat itu dengan mengunyah makanan lebih lama dari biasa. Hal ini, akan membuatkan anda berasa cepat kenyang dan secara automatik akan mengurangkan pengambilan makanan.
  • Amalkan pengambilan makanan yang sihat. Dengan memakan makanan yang kurang lemak, makanan yang mengandungi jumlah gula yang tinggi seperti air bergas, kuih muih, dan makanan ringan.
  • Jika anda terasa lapar, ambil nasi dalam kuantiti yang sedikit dan banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk menghilangkan rasa lapar. 
  • Elakkan makan lewat malam. Sekiranya anda termasuk dalam golongan suka makan lewat malam, kurangkannya secara perlahan-lahan anda pasti boleh! sekurang kurangnya waktu malam paling lewat makan adalah jam 8pm.
  • Jika anda terbangun dari tidur pada waktu malam dan terasa lapar, minum air kosong atau minum air susu sudah memadai.
  • Jangan sesekali melepaskan waktu sarapan pagi anda. Sarapan pagi sangat penting untuk memastikan kesihatan yang baik.
  • Kawal nafsu makan anda. Jika masih gagal mengawal nafsu makan, anda boleh mengambil protein dari makanan tambahan seperti Energizing Soy Protein (ESP). Tapi pastikan memilih makanan protein yang mengandungi Indeks Glisemik yang RENDAH! 
  • Selain itu tingkatkan aktiviti fizikal anda. Latih diri berjalan sekurang-kurangnya 30-45 minit sehari. Objektif utama adalah untuk membakar lebih banyak kalori. 
  • Buat senaman 'sit up' dan 'push up' setiap kali bangun tidur pada waktu pagi dan pada waktu petang  selepas balik kerja. Lakukan sebanyak 20 kali setiap set. Tambah jumlah 'sit up' dan 'push up' dari hari ke hari sehingga mampu untuk membuat 100 kali setiap set.


Sekian perkongsian kali ini harap dapat bermanfaat bagi anda yang membacanya. Dalam prodak Shaklee anda boleh mendapatkan Set Mengawal Berat Badan ya..Jika anda berminat jangan segan jangan malu untuk menghubungi saya.

Sabrinah Jaulin

Shaklee ID: 1125443

PM/Whatsapp: 013-5572375

Facebook klik disini


Monday 3 November 2014

TIPS KETIKA MENGANDUNG


KISAH BENAR : SAKIT PINGGANG AKIBAT BERDIRI TERLALU LAMA

Lazimnya wanita mengandung memang sukar untuk berjalan jauh atau buat kerja yang banyak mesti sakit pinggang, sakit kaki, sakit betis etc...kan??

Saya rasa sangat rugi sebab kandungan saya dalam lingkungan 6bulan baru dapat merasa kebaikan Herbal Blend. Sebelum ini saya gagal sebanyak 2 kali sebab HB ni setiap kali ada stok akan menjadi rebutan nombor satu dikalangan pengguna setianya. Syukur seawal bulan September 2014 saya dapat merasa kebaikan HB ni.

Bulan lepas saya balik kampung, biasalah kalau saya di kampung ada sahaja kerja yang mahu dibuat walaupun dilarang. Masa hari Sabtu tu saya bangun saja waktu pagi sempat sarapan la juga...saya terus buat kerja-kerja di dapur dan kerja saya buat semuanya dalam keadaan berdiri. Lebih kurang dalam jam 10 lebih saya menjaga anak buah lagi yang berumur 3bulan sebab mamanya hantar bekalan kepada ibu bapa saya yang buat kerja pembersihan di ladang untuk tanam padi. Sebaenarnya saya ingin menghantar makanan tu tapi takut nanti terjatuh ka...tergelincir sebab ladang kami perlu menyeberangi sungai. Lagipun mama sudah pesan pagi-pagi tu supaya minta tolong ipar hantarkan bekalan makanan tu.

Ok sambung cerita pasal HB melarut pula cerita saya...sedar tidak sedar saya buat kerja banyak dalam keadaan berdiri sampai petang. Saya sudah rasa sakit-sakit badan, tapak kaki, tumit, betis danpinggang. Bila sampai malam saya tidak tahan sakit pinggang saya huhu, tapak kaki, tumit dan betis saya tidak berapa terasa waktu duduk dan baring...pinggang saya yang rasa sangat sakit sehingga bila saya baring letak bantal di belakang tapi sakit masih sama macam makin sakit pula. Sudahlah perut memboyot memang susah mencari posisi baring yang selesa...sehingga suami call terus saya mengadu sakit pinggang huhu macam mau nangis sudah saya rasa.

Sudah puas saya mencari posisi duduk dan baring yang selesa dan boleh menghilangkan kesakitan saya (masa tu sikit lagi mau nangis sudah saya) tu tiba-tiba saya teringat Herbal Blend ada saya bawa balik kampung. Masa tu Herbal Blend beampai di kusyen sahaja sebab sebelum tu sy guna untuk sapu di pipi adik saya (entah kurap kali di pipi adik saya tu) tanpa buang masa saya ambil HB tu dan sapu di pinggang saya yang sakit..terus ok sikit saya rasa sebab rasa dia sejuk-sejuk macam ada mint hehe..sambil bercerita dengan bapa dan adik beradik yang lain tidak sedar sakit pinggang saya hilang sepenuhnya padahal belum sampai 15minit dari saya letak HB tu....saya sendiri pun macam tidak percaya, saya berkata sendiri dalam hati "biar betul ni Herbal Blend boleh kasi hilang sakit pinggang saya"....percaya atau tidak itu yang saya rasa sehingga 1tube tu saya tinggalkan di kampung untuk kegunaan mama saya dan adik saya yg ada kurap di pipi. Selepas kejadian itu Herbal Blend sentiasa ada di beg tangan saya.

Untuk pengetahuan anda Herbal Blend ni bersifat semulajadi tanpa kandungan paraben dan kimia yang lain. Wangi HB ni macam panas tapi sebenarnya tidak panas malah ianya sangat selamat digunakan oleh wanita mengandung macam saya. Herbal Blend bukan sahaja boleh digunakan untuk melegakan sakit-sakit sebab banyak kerja tapi ianya boleh digunakan untuk mencegah gigitan nyamuk, kulit sensitif, melecur terkena air panas/minyak, menghilangkan bekas luka/jerawat dan banyak lagi. Itulah sebabnya ia dipanggil serbaguna!

Anda teringin merasai kehebatan Herbal Blend???? Jangan malu-malu untuk menghubungi saya ok :)






Sabrinah Jaulin 

Shaklee ID: 1125443

PM/Whatsapp: 013-5572375

TIPS MENGELAKKAN DIRI DARIPADA PENYAKIT JANTUNG


Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh PERTUBUHAN KEBANGSAAN JANTUNG MALAYSIA penyakit kardiovaskular merupakan pembunuh NO 1 di kalangan rakyat Malaysia dan dua setengah kali ganda lebih tinggi daripada kematian yang disebabkan oleh KANSER. Manakalah menurut perangkaan ORGANISASI KESIHATAN DUNIA, sejumlah 37% kematian di Malaysia berpunca daripada penyakit kardiovaskular seperti penyakit jantung dan strok.

Penyakit kardiovaskular ataupun penyakit jantung ialah penyakit yang disebabkan oleh gangguan aliran darah ke seluruh organ dalaman badan. Jika berlaku masalah terhadap jantung dan saluran darah maka tekanan darah akan meningkat dan penghantaran oksigen ke seluruh sel darah akan berkurangan. Hal ini akan menyebabkan kita menderita sakit jantung yang kronik, strok dan penyakit yang berkaitan dengan jantung. Kebanyakan pakar kesihatan mencadangkan bahawa masalah ini boleh dicegah dengan meningkatkan amalan gaya hidup harian seperti diet seimbang, mengambil supplement yang berkualiti, senaman secara teratur, tidak merokok dan memastikan berat badan yang ideal.


TIPS MENGHINDAR DARIPADA PENYAKIT KARDIOVASKULAR/PENYAKIT JANTUNG

  1. Diet Seimbang
    Mengambil makanan yang berasaskan sayuran hijau, ulam, buah-buahan dan protein. Kurangkan pengambilan daging, ayam, makanan ringan (junk food) dan makanan segera (fast food).
  2. Bersenam
    Lebih daripada separu pesakit jantung mempunyai gaya hidup yang tidak sihat terutamanya dalam hal bersenam. Untuk menjaga kesihatan, kita perlu berjoging/beriadah sekurang kurangnya 3 kali dalam seminggu selama 30minit-45minit. Beriadah tidak semestinya hanya berlari/berjalan cepat tetapi permainan seperti bola sepak, badminton, takraw juga satu aktiviti bersenam. Senaman seperti ini dapat membantu jantung kita bekerja dengan baik dan menguaatkan otot-otot janatung. Jauhi rokok atau persekitaran yang dicemari oleh asap rokok.
  3. Elakkan stress/tekanan
    Sebolehnya elakkan diri kita daripada stress yang melampau. Stress yang melampau akan menyebabkan tekanan pada jantung dan pengeluaran hormon adranelin yang kerap. Hal ini, akan menyebabkan jantung akhirnya menjadi lemah dan saluran arteri menjadi keras. Dalam zaman yang serba modern ini kita seringkali berhadapan dengan tekanan kerja dan gaya hidup modern kini juga menyebabkan ketidakseimbangan emosi kita. Oleh itu, jangan terlalu mengejar apa yang ada di dunia ini..malah banyakkan amalan Rohani supaya kita hidup lebih tenang.
  4. Elakkan daripada tekanan darah tinggi
    Darah tinggi sangat rapat dengan penyakit jantung. Oleh itu, elakkan daripada terkena tekanan darah tinggi itu sangat penting! sekitanya kita mempunyai darah tinggi maka risiko untuk mendapat penyakit jantung adalah sangat tinggi. Bagi mengelakkan diri daripad darah tinggi kita haruslah mengamalkan gaya hidup yang sihat, amalkan makanan yang mengandungi Omega 3, elakkan garam berlebihan dalam makanan dan elakkan minuman yang beralkohol dan padat dengan kandungan kafen.


Mungkin ada diantara anda atau keluarga anda yang menghidap masalah Darah Tinggi. Sekiranya anda ingin memulihkan masalah itu secara semulajadi tanpa mengambil ubat-ubatan yang mengandungi dadah, disina ada Set Darah Tinggi yang mungkin anda perlu cuba.



Mengapa ????
  • Mengandungi asid lemak Omega 3 semulajadi
  • Mencegah salur darah daripada tersumbat dan strok dimana DHA dan EPA boleh menentang thrombosis.
  • Mengawal tekanan darah dan kepekatan darah
  • Melicinkan saluran darah dan membantu melancarkan peredaran darah
  • Membantu mengekalkan darah normal dan ketegangan dileher atau sakit kepala
  • Membantu merendahkan kolestrol
  • Mengelakkan pembekuan darah dalam badan
  • Mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL
  • Mengawal masalah obesiti
  • Mencegah arteriosclearosis, myocardial infarction
  • Membantu mengurangkan risiko sakit jantung
  • Mampu membuang kolestrol lama dan baru yang terkandung dalam badan
  • Mengandungi spearmint yang mampu meningkatkan sistem penghadaman dan fungsi jantung
  • Membantu menurunkan tekanan darah tinggi
  • Mampu mengeluarkan raksa dari tubuh dengan pantas yang menyebabkan tekanan darah tinggi
  • Mampu melindungi sel-sel darah daripada dimusnahkan oleh logam dan menghalang kerosakan hati
  • Menurunkan kolestrol, LDL, trigliserid dan kelikatan darah
  • Mengurangkan pembekuan darah dalam badan dan meningkatkan HDL
  • Melindungi jantung dan menghalang strok
  • Mengurangkan tekanan darah secara semulajadi tanpa kesan sampingan
  • Mengekalkan tahap CoQ10 dalam darah

Bagaimana untuk mendapatkan set ini?? Anda hanya perlu menghubungi saya 

Sabrinah Jaulin
Shaklee ID: 1125443
PM/Whatsapp: 013-5572375



Wednesday 29 October 2014

TIPS MENGELAK GIGITAN NYAMUK


Salam sejahtera para pembaca sekalian :) kali ini saya ingin berkongsi tips mengelak daripada gigitan nyamuk. Kita semua tahu bahawa dimana-mana sentiasa ada nyamuk. Tidak kira la nyamuk besar ka nyamuk kecil ka mesti ada di mana-mana.

Apabila kita digigit nyamuk mesti rasa gatal, membengkak dan ada bekas. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif sebulan dua mungkin bekas tu tidak hilang kan? so bagaimana supaya kita tidak digigit nyamuk.


Hanya dengan menggunakan HERBAL BLEND SHAKLEE nyamuk tidak akan mendekati anda. Percaya atau tidak ini memang pengalaman saya sebagai pengguna prodak tersebut, sebelum ini saya juga sentiasa menjadi mangsa gigitan nyamuk sehingga meninggalkan bekas. Hanya gunakkan seperti losyen biasa. Fungsi Herbal Blend bukan itu sahaja tau ada banyak lagi.

Ok saya ceritakan disini pengalaman saya menggunakan Herbal Blend sejak 06/09/2014...ya mungkin ramai diantara anda terkejut saya baru sahaja menggunakan prodak ni kan? iya memang betul sebab sejak bulan April 2014 saya ingin memiliki benda ni namun saya seringkali terlambat kenapa???? sebab benda ni sangat-sangat menjadi rebutan di kalangan pengguna setianya kerana ia mampunyai 101 fungsi yang sangat luar biasa. Sejak April 2014 saya gagal sebanyak 2x untuk dapatkan stol ini. Syukur percubaan ke-3 kali untik mendapatkan Herbal Blend berjaya itupun saya minta tolong dengan Mama Shaklee saya sebab hanya order secara online sahaja cari yang paling cepat untuk dapat stok ni. Syukurlah saya dapat grab 5 tube terus. Sebenarnya tujuan saya membeli HB ini adalah untuk melegakan alergik yang saya alami sudab beberapa bulan.


Pengalaman@Testimonial dari saya :


1) Luka dan gatal akibat alergik sembuh dalam masa beberapa minggu selepas menggunakkan HB

2) Bekas hitam akibat alergik semakin hilang

3) Bekas luka di tangan dan kaki akibat terkena getah bambangan semakin hilang

4) Apabila saya menggunakkan HB nyamuk tidak akan menggigit saya

5) Meredahkan kegatalan akibat gigitan nyamuk dan serangga

6) 2 minggu yg lepas sy jumpa anak buah sy, di belakang telinga dia ada mcm luka dan ada bau lain2 ( mungkin itu yang dipanggil sebagai ekzema) saya pun tidak berapa pasti . Lepas mandi pagi dan petang sy ambik HB ni sapu di belakang telinga dia. Esok pagi sy tengok sudah kering dan baru-baru ( 24/10/2014 ) kami balik kampung saya cek di belakang telinga anak buah saya tu memang luka dia sembuh sudah. Sangat dahsyat kan? hanya dua kali saya sapu denga HB tau.

7) Minggu lepas ( 24/10/2014 ) sy balik kampung dan keesokan hari dia hari Sabtu saya buat kerja di rumah sambil jaga anak buah. Kebanyakan kerja saya buat dalam keadaan berdiri dan apabila malam pinggang sy sangat sangat sakit sikit lagi mau nangis sebab bila sy duduk atau berbaring, smpi letak bantal di belakang masa baring pun langsung tidak memberi kelegaan terhadap kesakitan saya tu..tiba-tiba saya ingat tu HB terus saya ambil dan sapu di pinggang saya yang sakit terus terasa ada sejuk-sejuk ni. Makin lama sy rasa makin hilang tu sakit, puji Tuhan betul-betul tidak  sampai 15minit sakit itu hilang sepenuhnya dan saya lena tidur sampai pagi. Saya sendiri pun sebenarnya tidak percaya begitu cepat sakit itu hilang tetapi itulah yang saya rasa.






Ramai orang yang mengelar Herbal Blend ini sebagai losyen ajaib dan memang ia ajaib pun banyak masalah yang boleh diselesaikannya.

Setakat ini perkongsian saya kali ini, dimana semua ini daripada pengalaman saya sendiri. Saya akan sambung di entry seterusnya tentang pengalaman saya menggunakkan prodak Shaklee yang lain. Tidak menyesal saya mengamalkan vitamin Shaklee ni sebab ianya sudah menjadi penjaga kesihatan saya dan keluarga sekarang. Prodak Shaklee dijamin SELAMAT, BERKESAN DAN MESRA ALAM.

Semoga perkongsian saya bermanfaat ya...




Facebook Page klik disini

PM kami di Facebook untuk pesanan

Whatsapp 013-5572375 sekiranya anda inginkan respond yang lebih cepat.

Sabrinah Jaulin

SID : 1125443




Tuesday 28 October 2014

KENALI SAYA 😉





Saya adalah seorang suri rumah, mempunyai 4 orang anak. Seorang dilahirkan secara ceaser dan 3 orang dilahirkan secara normal 😇 .

Blog ini dibuat sebagai tempat perkongsian saya tentang kebaikan pengambilan prodak SHAKLEE terhadap saya. Selain itu, blog ini akan digunakan oleh saya sebagai medan untuk membantu dan mendidik masyarakat di luar tentang penjagaan kesihatan yang semulajadi. Hal ini disebabkan oleh kewujudan prodak yang terlalu banyak menggunakan bahan yang merbahaya dan memberikan kesan terhadap kesihatan dimasa akan datang berbanding dengan prodak keluaran SHAKLEE yang sentiasa dikaji oleh SAINTIS BERTAULIAH. Malah bukan itu sahaja SHAKLEE ni sudah bertapak di dunia lebih daripada 50 tahun dan setiap prodak keluarannya dijamin SELAMAT, BERKESAN & MESRA ALAM. Disokong pula dengan kajian "LANDMARK STUDY" yang mana lagi mengukuhkan dan meyakinkan saya bahawa prodak ini lebih selamat.

Sekiranya, anda ingin berhubung dengan saya secara terus bolehlah menghubungi saya di talian 013-6782102atau di Facebook Sabrinah Jaulin.







Monday 20 October 2014

PUNCA PENING KEPALA DAN PENCEGAHANNYA



Ok...sebelum ni saya kongsikan makanan yang boleh mencegah migraine kan???? Apa kata kali ini kita kongsi kenapa migraine itu berlaku ya...dalam dunia ni boleh dikatakan 70%  manusia akan menghadapi migraine tau...sebelum ni apabila migraine saya datang saya tidak akan mengambil apa-apa ubat tahan sakit..saya akan baring di atas tilam tanpa menggunakan bantal dengan kaki dan tangan dalam keadaan yg lurus...selain itu saya akan menutup mata menggunakan kain supaya cahaya tidak menganggu saya...apabila saya berbuat demikian saya akan tertidur beberapa minit dan apabila bangun sakit kepala itu sudah hilang.


Itu bagi saya...tetapi sekiranya mirgaine datang diwaktu kerja mana boleh cari tempat tidur di tempat kerja kan??? rehat di meja sendiri pun mungkin susah sebab takut kot kot bos nampak habis la kena marah...Ok...ok...kita terus kepada punca migraine ya :)

Perlu anda ketahui juga bahawa ada beberapa jenis migrain/sakit kepala :


  1. Sakit kepala disebabkan oleh SINUS
  2. Sakit kepala disebabkanoleh TEKANAN EMOSI
  3. Sakit kepala disebabkan oleh MIGRAINE





Migraine ni boleh disebabkan oleh beberapa faktor :
  1. Disebabkan oleh alahan
  2. Tekanan fizikal dan emosi
  3. Stress
  4. Terdedah kepada asap rokok
  5. Silau akibat lampu yang terang
  6. Gangguan bunyi yang terlalu kuat
  7. Bau wangian yang kuat
  8. Menahan kelaparan
  9. Memakan makanan yang dijeruk/diperap, keju, mengandungi MSG
  10. Masa tidur yang tidak menentu
Jadi untuk mengelakkan diri anda daripada migrain ELAKKAN diri anda daripada stress, jauhi si perokok, jangan biarkan perut anda terlalu lama kelaparan ikut aturan makan yang betul, elakkan memakan makananyang mengandungi thyramine seperti  keju dan makanan yang mengandungi MSG, jadual tidur harulsah tetap dan elakkan meminum minuman yang mengandungi kandungan kafen yang tinggi.





Sekiranya anda risau migraine menyerang pada waktu kerja anda jangan risau sebab Shaklee ada menyediakan SET MIGRAINE yang terdiri daripada B Complex dan  Ostematrix. Apa keistimewaan vitamin Shaklee ni untuk migraine????

B Complex
Mengandungi vitamin B2 dan B6 yang terbukti dapat mengurangkan kesakitan akibat migraine. Pengambilan vitamin ini juga dapat mengurangkan masalah stress, strok dan masalah depressi. B Complex ini terkenal di kalangan pencinta vitamin shaklee dengan "painkiller semulajadi"





Ostematrix
Terdiri daripada kalsium, magnesium dan vitamin D. Dimana kalsium dapat meringankan stress, memperbaiki jantung yang berdebar, memperbaiki depressi, mood swing dan sakit kepala. Magnesium pula dapat membantu  sistem saraf, pengecutan otot dan saraf, menstabilkan denyutan tidak sekata yang seringkali dihadapi oleh penghidap migraine. Ostematrix juga sangat baik untuk melenakan tidur anda.





Ok itu sahaja yaaaa saya harap pembaca di luar sana sentiasa sihat dan deberikan rezeki yang berkelimpahan daripada yang maha Esa..Jika anda inginkan SET MIGRAIN SHAKLEE jangan malu jangan segan untuk menghubungi saya ok....




Facebook Page klik disini

PM kami di Facebook untuk pesanan 

Whatsapp 013-5572375 sekiranya anda inginkan respond yang lebih cepat.

Sabrinah Jaulin

SID : 1125443

MAKANAN PENCEGAH MIGRAINE



Haiiiiiiii semua salam sejahtera para pembaca sekalian :) terima kasih kerana sudi singah di rumah saya ;)

Dalam entry ini saya ingin berkongsi dengan anda jenis-jenis makanan yang boleh menegah MIGRAINE. Saya tahu ramai anda di luar sana yang menghadapi masalah migraine kan??? saya sendiri juga adalah pesakit migraine sejak umur 12 tahun lagi. Namun saya tidak pernah mengetahui bahawa ada beberapa jenis makanan yang boleh membantu kita dalam mencegah migraine ini. Tapi sekarang saya sudah tahu so saya ingin berkongsi dengan anda di luar sana yang mungkin belum tahu ya :)



TELUR

Migrain

Umum memang mengetahui bahawa telur terkenal dengan kandungan Omega-3. Omega-3 yang terkandung dalam telur ini telah dikenalpasti dapat mengurangkan keradangan akibat daripada migraine. Jika anda membeli telur pilihlah telur yang diperkaya dengan omega-3 kerana ianya dipercayai dapat melawan kesakitan akibat migrain.


BAYAM


Bayam adalah sejenis sayuran hijau yang sangat terkanal kerana kaya dengan kandungan magnesium yang berkesan untuk mencegah migraine.


BIJI RAMI


Walaupun biji rami ini bersaiz kecil tetapi ia mengandungi kandungan gizi yang tinggi dengan kandungan asid omega-3 dan telah terbukti dapat mengurangkan  keradangan akibat migraine. Jangan hairan apabila mendengar bahawa biji rami ini sering dikaitkan sebagai ubat untuk menurunkan hipertensi, strok, kanser, gangguan imunisasi dan juga masalah penyakit kulit tertentu.


KEKACANG

Magnesium di dalam kacang dapat melindungi tubuh dari sakit kepala dengan cara merehatkan pembuluh darah. Selain itu, magnesium juga dipercayai berkesan untuk menenangkan fikiran yang sedang berada dalam keadaan tegang sepanjang sakit kepala melanda.


SUSU SKIM/SUSU TANPA LEMAK


Riboflavin atau lebih dikenali sebagai Vitamin B2 memiliki peranan penting  dalam membentuk sel darah merah, antibodi di dalam tubuh dan juga berperanan dalam melepaskan tenaga daripada karbohidrat. Riboflavin juga memiliki peranan penting dalam menghasilkan tenaga, sebab kekurangan tenaga dalam badan boleh menyebabkan migraine.


IKAN SALMON


Ikan Salmon terkenal dengan harganya yang mahal. Namun ianya juga terkenal dengan kekayaan kandungan Omega-3, ikan salmon juga termasuk dalam kategori makanan yang berpotensi untuk mencegah migraine.






Semoga bermanfaat untuk anda semua yerr....jika anda berfikir bahawa semua benda di atas tu leceh untuk disediakan atau mungkin anda lebih suka kepada supplement jangan malu-malu untuk menghubungi saya kerana SHAKLEE juga ada menyediakan SET MIGRAINE SHAKLEE . Hubungi saya untuk keterangan lanjut ya :) :)


Sabrinah Jaulin
+60135572375 atau klik disini
SID : 1125443