Tuesday 11 November 2014

TIPS MENGAWAL BERAT BADAN


Takut berat badan naik???????? Bagaimana caranya supaya berat badan maintain???

Masalah berat badan sememangnya ditakuti oleh semua orang terutama dikalangan wanita. Masalah ini bukan sahaja menyebabkan bentuk tubuh kita tidak cantik malah membawa pelbagai jenis penyakit yang kita tidak akan sedari kadangkala...

Antara penyakit yang sering dikaitkan dengan masalah berat badan adalah :
  1. Kencing manis
  2. Kanser
  3. Masalah jantung
  4. Sindrom Polycystic Ovari
  5. Embolisme Pulmonar
  6. Penyakit hati berlemak
  7. Mati pucuk
  8. Tinggi darah
  9. Stroke
  10. Masalah buah pinggang

Penyakit yang disebabkan oleh berat badan berlebihan

Siapa tidak takut dengan penyakit tersebut kan? Ok saya kongsikan beberapa tips untuk mengawal berat badan daripada naik.

  • Jika sebelum ini anda seorang yang suka mengunyah makanan dengan cepat apa kata tukar tabiat itu dengan mengunyah makanan lebih lama dari biasa. Hal ini, akan membuatkan anda berasa cepat kenyang dan secara automatik akan mengurangkan pengambilan makanan.
  • Amalkan pengambilan makanan yang sihat. Dengan memakan makanan yang kurang lemak, makanan yang mengandungi jumlah gula yang tinggi seperti air bergas, kuih muih, dan makanan ringan.
  • Jika anda terasa lapar, ambil nasi dalam kuantiti yang sedikit dan banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk menghilangkan rasa lapar. 
  • Elakkan makan lewat malam. Sekiranya anda termasuk dalam golongan suka makan lewat malam, kurangkannya secara perlahan-lahan anda pasti boleh! sekurang kurangnya waktu malam paling lewat makan adalah jam 8pm.
  • Jika anda terbangun dari tidur pada waktu malam dan terasa lapar, minum air kosong atau minum air susu sudah memadai.
  • Jangan sesekali melepaskan waktu sarapan pagi anda. Sarapan pagi sangat penting untuk memastikan kesihatan yang baik.
  • Kawal nafsu makan anda. Jika masih gagal mengawal nafsu makan, anda boleh mengambil protein dari makanan tambahan seperti Energizing Soy Protein (ESP). Tapi pastikan memilih makanan protein yang mengandungi Indeks Glisemik yang RENDAH! 
  • Selain itu tingkatkan aktiviti fizikal anda. Latih diri berjalan sekurang-kurangnya 30-45 minit sehari. Objektif utama adalah untuk membakar lebih banyak kalori. 
  • Buat senaman 'sit up' dan 'push up' setiap kali bangun tidur pada waktu pagi dan pada waktu petang  selepas balik kerja. Lakukan sebanyak 20 kali setiap set. Tambah jumlah 'sit up' dan 'push up' dari hari ke hari sehingga mampu untuk membuat 100 kali setiap set.


Sekian perkongsian kali ini harap dapat bermanfaat bagi anda yang membacanya. Dalam prodak Shaklee anda boleh mendapatkan Set Mengawal Berat Badan ya..Jika anda berminat jangan segan jangan malu untuk menghubungi saya.

Sabrinah Jaulin

Shaklee ID: 1125443

PM/Whatsapp: 013-5572375

Facebook klik disini


No comments: